Daerah

Besut merupakan satu nama yang tidak asing lagi. Ia merupakan daerah unik yang terletak di utara negeri Terengganu. Nama Besut masyhur di seluruh Malaysia kerana sejarahnya serta penduduk Besut yang beradat, sopan santun serta mudah mesra. Besut bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur.

Monday, February 26, 2018

100 tahun sekolah kebangsaan kampong Raja, 1916-2016




Sebelum ke sekolah menengah, tentulah kita bersekolah rendah. SKKR merupakan sekolah rendah yang selalu ada di hati saya. Saya amat bangga kerana berpeluang bersekolah di sini. Hutang budi dibawa mati.

Sudah ramai cikgu saya meninggal dunia. Yalah, saya pun sudah hampir berumur 50 tahun. Saya teringat cikgu Aziz yang mengajar saya jadi pengakap yang berdisiplin. Bila jadi ahli pengakap barulah saya rasa hidup saya ini ada tujuannya. Al Fatihah untuk cikgu Aziz dan cikgu-cikgu saya yang telah tiada. Hanya tuhan boleh membalas jasa mereka.

Tahun-tahun 70an adalah tahun yang sangat indah. Lagu di radio sedap-sedap, dan walaupun tak ada banyak barang dan pilihan, RM10 boleh beli banyak barang. He he he. 




Balik bercuti tempohari saya berpeluang untuk turut serta dalam majlis sambutan 100 tahun SKKR. Saya dapati sekolah ini telah dipenuhi dengan bangunan-bangunan sekolah. Saya juga nampak kesungguhan cikgu-cikgunya menjalankan sambutan ini.



Saya berdoa semoga sekolah ini terus melahirkan pelajar yang bagus pada masa hadapan...

Oh ya, saya sertai juga senamrobik pada pagi tersebut...

Sedikit info dari http://skkrbesut.blogspot.my


Sekolah Kebangsaan Kampong Raja merupakan sekolah tertua di daerah Besut dan mula dibuka pada tahun 1916 di bawah pentadbiran seorang Guru Besar yang bernama Tengku Kasim bin Mohd Yusof. Pada waktu itu, sekolah ini bertempat di sebuah rumah di kampong Pengkalan Teluk (Terletak di antara Masjid Lama Kampong Raja menghala ke Kampung Tanjung Lali.)

No comments:

Post a Comment